Wednesday 31 August 2016

Lipat Baju Kira Timbang Kilo



Idea Bisnes #0001 : Servis Lipat Baju

Mungkin ramai merasakan servis lipat baju ni satu idea lapuk yang dah basi serta dah ramai yang buat.

Tapi ramai tak sedar yang setiap idea tu boleh di inovasi lagi,boleh dikembangkan lagi untuk memperkemaskan idea sedia ada.Itu yang biasa kita dengar sebagai "reverse engineering".

Ambil idea sedia ada dan inovasi dengan lebih baik.

Untuk idea servis lipat baju untuk posting ni,memang sesuai untuk pelajar-pelajar IPT lakukan.

JV dengan pemilik kedai dobi layan diri yang dah bercambah-cambah melata sekarang ni.

Buka satu table khas di premis mereka dan cari sehelai kad atau kertas A4,tulis terus "Perkhidmatan Lipat Baju"



Kalau biasa orang caj RM 2/kg,para pelajar ni boleh mulakan dengan caj lebih berpatutan.

Mungkin RM 1/kg , biasa berat pakaian sekali orang masuk dalam mesin 14kg kan.

Di situ sahaja mudah-mudah boleh jana RM 14/pelanggan. Ini anggaran,mungkin kurang atau lebih.
Boleh letak target nak offer pada 10 pelanggan sehari untuk hari bekerja dan 20 pelanggan sehari untuk hujung minggu.

Potensi pendapatan boleh menjangkau 

RM 140 x 5 hari : RM 700
RM 280 x 2 hari : RM 560

RM 1260 seminggu x 4 minggu : RM 5040 sebulan !!

kalau kita letak 10% dari target bulanan ni, RM 504/bulan dah cukup terbaik pendapatan untuk seorang pelajar IPT.

Anda pilih sendiri mahu RM 504 atau RM 5040 secara asas pendapatan dari idea bisnes ini.

Baiklah,waktu orang tak ramai pulak,boleh lah nak study atau siapkan assignment ke.Tak perlu buang masa dengan berborak-borak kosong.

Meja study ada ( meja lipat baju tu lah),wifi free ada,lampu terang berderang,kipas siap semua.wangi pun wangi persekitaran ( ini bonus untuk suasana study).

Secara psikologinya,pelanggan yang datang kedai dobi layan diri ni memang sah-sah orang yang sibuk dan malas fikir lebih pasal baju mereka.dan mereka memang orang yang ada duit tapi nak berjimat.

Jadi bila ada mesin yang tolong basuh,tolong kering dan bonus pulak ada yang tolong lipatkan,automatik ramai yang akan spot kedai dobi ni. <-- idea nak propose service masa JV dengan pemilik kedai.

Tuan kedai mesti gembira sebab :

i- mesin basuh dia sentiasa run, ROI cepat capai.
ii- ada "security guard" part time sekali,boleh jimat kos cctv ( betul ke? haha! )
iii- ada staff tak bergaji yang merangkap kaunter sambut pelanggan,merangkap staff yang tukang jawab soalan pelanggan ( ikut lah nak jawab macam mana,paling kurang tunjuk nombor hotline kedai dobi dah cukup)

dari situ sahaja dah nampak konsep menang-menang. ok sangat kan?

Extra idea :

1) approach terus pelanggan dobi yang baru datang dan tawarkan servis

i- jagakan cuci dan dry + lipat. Lepas 90 minit lebih kurang tuan dia datang terus siap semua dan ambil sahaja. Ikut lah nak caj RM 2 ke untuk servis tu atau lebih,bergantung pada kesesuaian tenaga dan kerelaan pelangan nak bayar.
ii- Untuk pakaian macam seluar jeans,2,3 helai seluar jeans dan berapa kg.mungkin pelanggan rasa tak berbaloi nak mintak lipatkan seluar jeans.strategi semula caj untuk seluar jeans dan pakaian serta kain yang berat.
iii- Tambah servis seterika siap selain servis lipat baju.Biasa servis seterika mahal sikit dari servis lipat baju.



iv- Boleh juga "add-on" servis tu dengan letak 1 rak kecil untuk jual sabun-sabun pencuci yang sesuai.
sekarang dah banyak sabun-sabun tanpa brand yang inspired by sabun-sabun branded.

isi balik dari botol besar tu dalam botol kecil-kecil dan jual pada harga yang murah.dah botol kecil,memang lah murah kan.



v- Boleh juga plan dengan kawan-kawan dalam 5,6 orang dan setup team untuk kuasai servis ni dalam radius capaian 10km ke 15 km kedai-kedai dobi layan diri sekitar. (ada potensi untuk lebih besar jika strategi tepat)

Nak nampak profesional dan ada imej,cipta satu brand servis dan cipta satu tshirt rasmi.

Modal :

1. Meja untuk lipat ( biasa dah ada meja lipat baju di dobi layan diri ni,tapi mungkin pelanggan yang tak nak ambil servis kita nak guna. : RM 50 atau kurang kalau second hand

2. Bakul untuk sokong servis tambahan kita jika perlu : RM 5,kalau cari kat kedai RM 2 boleh murah lagi kot

3. Penimbang macam kat kedai runcit tu.

ini bergantung pada keperluan.tapi dicadangkan yang kualiti sedikit.penimbang ni boleh dikatakan nadi bisnes ni sebab orang boleh pertikai perkiraan berat baju diorang : RM 100 mungkin atau boleh pinjam mana-mana ( makmal punya ke)

4. kalkulator ,nak jimat pakai phone je.: tak payah beli lah,jimat.

5. buku resit rasmi.mana tahu ada pelanggan nak claim dari suami atau boss ke. : RM 2 je rasanya untuk berpuluh salinan.

6.pen,marker pen dan kad board : tak sampai RM 10

7. plastik beg jika perlu : ini pun tak sampai RM 5

8. T-shirt rasmi team lipat baju jika perlu. : kalau pandai RM 10 pun dapat

9. Seterika : kat bilik atau rumah kita confirm ada kan seterika.: RM percuma.hehe!

kalau ada modal lebih boleh beli seterika yang canggih tu siap steam iron bagai.

Tapi yang pasti,modal terbesar ialah masa dan tulang empat kerat kita. Nama pun bisnes servis kan.

Idea ni boleh dikatakan permulaan langkah ke arah memiliki bisnes dobi sendiri.


#servislipatbaju
#1001ideabisnes
#bisnestanpamodal
#rahsiadobi

Penaja :

Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

No comments:

Post a Comment